Stadio olimpico del ghiaccio
Stadio olimpico del ghiaccio

Stadio olimpico del ghiaccio

 Stadio Olimpico del Ghiaccio ( Bahasa Inggeris: Olympic Ice Stadium) merupakan sebuah stadium yang dibina antara 1952 hingga 1954 sebagai arena luncur ais berbunga terbuka di Cortina d'Ampezzo, Itali. Stadium tersebut mempunyai kapasiti tempat duduk antara 7 hingga 8 ribu penonton, dan peluasan sementara boleh dibuat agar stadium ini dapat menampung 12 hingga 15 ribu penonton semasa Sukan Olimpik. Stadium ini telah dirasmikan pada 26 Oktober 1955. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 1956, arena ini telah mengadakan upacara pembukaan dan penutupan, acara luncur ais berbunga dan beberapa perlawanan hoki ais.[1] Beberapa tahun selepas 1981, sebuah bumbung telah dibina pada stadium ini. Stadium ini akan menganjurkan acara curling dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 dan curling kerusi roda dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026 .